Ahad, 17 Oktober 2010

Al-Fatihah - Suatu Kaifiat


Menjazamkan Fatihah...mana2 individu yg telah menjazamkan Fatihah pasti Senjata Pedang Fatihah lebih memuncak dan mantop...sehingga JIN melihatnya pun buta...ingat 121 x ingat fatihah...biasanya diamalkan selama 7 hari...tidak semestinya satu sitting...untuk tahap selanjutnya diamalkan selama 21 hari dan 40 hari sehingga 121 hari...apa2 mimpi petunjuk samada dalam mimpi atau semasa mengamalnya hendaklah dirujuk terus kepada Guru yang mengijazahkan amalan ini...

NOTA : Ini adalah amalan untuk menjazamkan Fatihah. Sebaiknya diniatkan untuk 7 hari dahulu. tidak boleh putus. kalau putus hendaklah diulang dari hari pertama. Maka sebaiknya kita pilih berapa hari yg ingin kita pilih untuk menjazamkannya...kalau 121 hari memang baik..tapi kalau terlupa pada hari ke 115 pun kena ulang dari hari pertama..Den nasihatkan mulakan dari 7 hari..At least ada sijil...


Amalan Fatihah...amalan Fatihah bermula dari 4 sekali baca sehingga 7 sekali baca..14 sekali baca...21 sekali baca...40 sekali baca dan 44
sekali baca...biasanya diamalkan setiap step 40 hari..baru pergi ketahap yang lebih tinggi...ianya DIBACA SEKALI SITTING didalam wuduk...


Nota : ianya adalah untuk amalan menghadiahkan Fatihah...biasa dimulakan dgn 4 Fatihah. Di Tanah Melayu biasanya di amalkan Fatihah 7 + 1. yg satu itu bila ada amlan khusus..katakan bacaan yasin..maka di tambah Fatihah kepada Syeikh Ahmad Darobi. Jadilah ia Fatihah 8.

Contoh
1. Kepada Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya.
2. Kepada para Sahabat Nabi Muhammad SAW.
3. Kepada para Anbiya
4. Kepada para Malaikat.
5. Kepada para Aulia
6. Kepada para Guru.
7. Kepada Muslimin dan Muslimat samada yang masih hidup mahu pun yang sudah mati.

Maka kalau kita baca Yasin..tambahkan Fatihah kepada Syeikh Ahmad Darobi sebelum yg No 6. Jadilah ia Fatihah 8.

Begitu juga kalau ada apa2 amalan yang kita tahu siapa SOURCEnya katakan Syeikh Abdul Qadir Jilani r.a...maka bacakan Fatihah kepda SAQJ pada sebelum no 6. Tetap ia Fatihah 8.


Untuk yang lebih advance lagi dan hendaklah iqtiqomah..bacaan Fatihah yg pertama khusus pada Rasulullah s.a.w
Kedua baru kepada Ahlul Bait ( ahli keluarga Rasulullah s.a.w )
Ketiga, keempat, lima dan enam..dibacakan Fatihah memasing kepada Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali r.a dan yang ke tujuh pada semua para sahabat Rasulullah s.a.w
Kemudian kepada Rasul yg mencapai tahap Ulul Azmi termasuk Rasulullah s.a.w
Begitu juga pemecahan kepada 10 malaikat Muqarobin. Satu Fatihah setiap Malaikat Muqarrobin.

Ikhlas dari
Sifu Segala Sifu

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama